Sunday 11 September 2016

SENYUMAN

SENYUMAN

Orang zaman sekarang memang susah untuk senyum. Nak tahu kenape?

Sebab ada orang kata, kenape kita perlu senyum, tak perlu pon,tak penting pon,tak payah susah-susah!!!

Ada jugak orang kata "kenape aku perlu senyum, dah die pon tak senyum kat aku"(die sombong la tu)

Tapi ramai yang tak tahu senyuman ini mempunyai 10 FAKTA KEBAIKAN



Senyum yang tulus, datang dari hati yang tulus. Suatu senyum yang ikhlas dan menceriakan adalah suatu ibadah. Senyum terjadi hanya sekejap, tetapi kenangannya kadang berlangsung selamanya. Tersenyumlah! kerana senyum itu tidak mahal. Hanya perlu sedetik untuk mengubah bentuk bibir menjadi senyum. Dan hanya memerlukan tujuh saat mempertahankan sebuah senyum untuk kelihatan sebagai ungkapan ketulusan hati.

1. Senyum Membuat Anda Lebih Menarik
Orang yang tersenyum memiliki daya tarik tersendiri. Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya selesa senang dan tenang. Orang yang selalu merungut, cemburu, mengerutkan kening membuat orang-orang disekeliling tidak selesa. Pastikan orang yang banyak tersenyum memiliki banyak teman.

2. Senyum Tukar Perasaan
Jika anda sedang bersedih, cubalah tersenyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik. Menurut kajian, senyum boleh memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah.

3. Senyum Menular
Ketika seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang. Orang disekitar anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia.

4. Senyum Menghilangkan Stres
Stress boleh kelihatan di wajah. Senyuman boleh menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih. Ketika anda stres, ambil masa untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangkan stres dan membuat fikiran lebih jernih dan tenang.

5. Senyum Meningkatkan Imunitas
Senyum membuat sistem imun tubuh bekerja lebih baik. Fungsi imun tubuh bekerja maksimum ketika seseorang merasa rileks. Menurut kajian, flu dan batuk boleh hilang dengan senyum.

6. Senyum Menurunkan Tekanan Darah
Tidak percaya? Cuba anda mencatat tekanan darah ketika anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum semasa diperiksa. Tekanan darah ketika anda tersenyum pasti lebih rendah.

7. Senyum Melepas Endorphin, Pemati Rasa Alamiah dan Serotonin
Senyum ibarat ubat alami. Senyum boleh menghasilkan endorphin, pemati rasa semulajadi dan serotonin. Ketiga-tiganya adalah hormon yang boleh mengawal rasa sakit.

8. Senyum Membuat Anda Awet Muda
Senyuman menggerakkan banyak otot. Akibatnya otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan face lift. Dengan banyak tersenyum anda akan kelihatan lebih awet muda.

9. Senyum Membuat anda Kelihatan Sukses
Orang yang tersenyum kelihatan lebih percaya diri, terkenal dan boleh dipercayai. Berikan senyum semasa mesyuarat atau bertemu dengan pelanggan. Pasti ramai orang akan melihat anda lebih baik.

10. Senyum Membuat Orang Berfikir Positif
Cuba lakukan ini: fikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti susah. Kenapa? ketika anda tersenyum, tubuh menghantar isyarat "hidup adalah baik". Sehingga semasa anda tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah yang terbaik.

Senyum mencipta kebahagiaan di sekitar kita, Senyum adalah ketenangan bagi kegelisahan, keceriaan bagi yang kecil hati dan kegembiraan bagi yang sedih.

Senyum tidak boleh di beli, kerana senyuman adalah sesuatu yang tidak berguna bagi sesiapa sampai senyum itu diberikan. Jika kamu harus menemui seseorang yang terlalu letih untuk memberi senyuman. Berikan satu senyuman yang tulus untuk mereka. Kerana tidak ada yang lebih memerlukan senyuman daripada orang-orang yang tidak mempunyai senyuman lagi untuk diberikan.

Sebuah senyuman akan selalu diterima, kerana senyuman akan membuka pintu dan hati seperti anak kunci. Berikan setiap senyum anda untuk semua orang, kerana satu senyuman memberikan keceriaan pada semua orang.

Akhir kata mungkin kita tidak dapat membantu seseorang itu dengan wang ringgit ketika mereka didatangi kepayahan, kemurungan dan seumpamanya. Namun dengan senyuman yang ikhlas mungkin sedikit sebanyak dapat memberi ketenangan jiwa pada pada orang lain.

Salam Ikhlas Dari PERAKBLOGGER.BLOGERSPORT.MY

Saturday 10 September 2016

SIAPA IQBAL KHAN

SIAPA IQBAL KHAN

Mesti korang pelikkan kenapa ada khan, mesti korang tertanya-tanya kan??? contohnya orang yang ada khan belakang nama dia ialah Shahrukh khan,Aamir Khan,dan Salman Khan.Kalau korang dengar name diorang ni mesti korang (huhu,haha,hihi, macam-macam lagi laaa) kan? diorang hensem-hensem pulak tu.So iqbal khan??? korang fahamla eh.

#perasanpulak
#semuaorangbiasa

Tapi siapa Iqbal Khan ni???

Iqbal Khan ni anak ke-4 daripada 5 adik beradik,
Dia adalah anak kepada Ibrahim Bin Abdul Rahim dan Noorkiah Bt. Haji Harun
Dia dilahirkan pada tarikh 13/11/1998
Dia dilahirkan di tempat yang suka mengira.Kalkulatur? bukan, Kelas Mathematik? bukan.Habis tu mane? HOSPITAL KINRARA

1)SEJARAH IQBAL KHAN (IQBAL)

    Pada zaman tadika Iqbal ni nak dikatakan dia seorang yang suka main,dan tak nak belajar lansung (biasa la  budak-budak la kate kan suka main). Pada waktu tu Iqbal selalu diabaikan oleh cikgu tadikanya, kerana Iqbal ni susah nak faham apa yang cikgu ajarkan pada dia,dan selalu main di dalam kelas.Seterusnya Iqbal ada seorang kawan yang dia ingat sampai sekarang iaitu Firdaus, tapi Iqbal panggil piadus(nak kate lawak pon ade, nak kata comel pon ada) kan??? Tapi disebabkan benda tu la Iqbal ingat nama kawan dia sampai sekarang.

   Pada tahun 2005 Iqbal sudah berumur 7 tahun.(selamat tinggal tadikaku kate Iqbal). Pada tahun itu bermula la Iqbal belajar di satu sekolah iaitu sekolah STAR,(huhu dengar nama pon dah gempak kan) nama penuh sekolah tu Sekolah Tengku Abdul Rahman.Permulaan aku di sekolah itu adalah DARJAH 1.Pada masa ini Iqbal masih tak pandai membaca dan mengira.Pada suatu hari cikgu bahasa melayu Iqbal, menyuruh dia baca apa yang ditulis di papan hitam(zaman sekarang mana ada belajar pakai papan hitam lagi,kan?).Dia pon apa lagi, buat ayat sediri la.Mesti korang tertanya kenapa Iqbal tak bagi tahu kat cikgu yang dia ni tak pandai membaca??sebab masa tu Iqbal jeles dan malu dengan kawan-kawan dia sebab diorang semua pandai membaca dan mengira(Iqbal ni emmm).pada hari itu jugak cikgu bahasa melayu Iqbal, suruh dia berlajar membaca di pusat pemulihan.Sejak itu sedikit demi sedikit dia mula pandai membaca dan mengenal huruf.

Akhir sekali, sejarah yang Iqbal ingat dan tak boleh dilupakan, bagi dia kenangan ni la yang paling manis dalam hidup dia.

nak tahu ke??

(emm)

ok2 nak cite la ni. Pada suatu hari pada jam 2000 atau 2200, Iqbal berebut alat kawalan jauh televisen dengan abang-abang dia.TIBA-TIBA terdengar suara yang memanggil Iqbal,Iqbal,Iqbal di dalam satu bilik(hah,hah seram kan)ok kita sambung balik.Rupa-rupanya yang panggil itu ayah Iqbal ,ketika itu ayahnya dalam keadaan duduk bersila.

Iqbal pergi ke ayahnya sambil bertanya(kenapa bapak panggil khan?) ayahnya menyuruh Iqbal ambil buku mata pelajaran Math dan duduk di hadapannnya dan membuat latihan.Dlam 5 minit satu pon Iqbal tak dapat jawap, dan dia berkata pada ayahnya(khan tak boleh jawap la bapak) dengan tegasnya ayah Iqbal menyuruh buat latihan tersebut,contoh(BUAT JUGAK) dengan nada yang tinggi.Iqbal terus menangis dan  mencuba jawap soalan tersebut. Dalam 20 minit Iqbal berkata pada ayahnya(tak boleh jugak bapak)dengan nada yang agak pelahan dan teresak-esak.

Ayah Iqbal tidak berkata apa dan  terus menampar anaknya yang bernama Iqbal(tercabut gigi oooo,dua batang pulak tu)  setelah ditampar Iqbal diarah pergi membasuh muka, dan bersih kan apa yang patut.Seterusnya, Iqbal kembali ke ayahnya dan berkata(khan mintak maaf bapak,khan akan cuba jawap soalan ni sampai boleh) ayahnya hanya tersenyum.Dalam 10 minit TIBA-TIBA Iqbal menangis lagi.

Ayahnya pelik dan timbul perasaan tertanya-tanya(aik anak aku ni kenape nangis lagi?,ke dia tak dapat jawap lagi ke?) .TIBA-TIBA Iqbal peluk ayahnya dan berkata(khan dah boleh jawap semua bapak) dengan rasa lega, ayahnya peluk Iqbal dengan penuh kasih sayang dan berkata dalam hati(ALHAMDULILLAH, tak sia-sia aku tampar anak aku tadi)

Sehingga sini sahaja,Sekian Terima Kasih.

eh,eh nak pergi mana tu...relex la ... cerita ni tak habis macam tu jaa.. ada sambungan SIAPA IQBAL KHAN (huhu, chantik laaa)